Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa tindakan pemimpin UMNO sebagai penderhaka kerana sanggup menggadaikan pertahanan negara susulan kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang menelan kos lebih RM6 bilion.<br /><br />Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, dana yang diperuntukkan sepatutnya digunakan untuk pertahanan negara, dan bukan kepentingan peribadi.
